24 November 2011

kursus pertolongan cemas PBSM

program ke-2 yang ku lakukan@ bantu...best juga ke PBSM..aku dapat ilmu, panduan n pengalaman..balik je terus jumpa PK KOKO minta masuk unit beruniform PBSM..he.he..baju KOPERAT Pun dan beli..bleh la pakai tiap ari rabu..
disini ku lampirkan salinan laporan proram tersebut..untuk tujuan perkongsian dengan rakan2 yang melawat blogku ini..

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT COLUMBA
JALAN DATUK ABANG INDEH,
98000 MIRI, SARAWAK
                       

LOG LAPORAN AKTIVITI
UNIT: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING



TARIKH


7 – 8 NOVEMBER 2011

MASA


7.300 PG-1.00 PETANG

HARI


ISNIN - SELASA





PROGRAM


Kursus Pertolongan Cemas


TEMPAT


Pusat Kegiatan Persatuan Bulan Sabit Merah


ANJURAN


Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Miri.



OBJEKTIF



1. Murid dapat panduan tentang cara-cara melakukan  pertolongan cemas
2  Murid dapat melakukan kemahiran amali melakukan pertolongan cemas.
3. Murid dapat merancang bantuan yang bakal diberikan apabila terjadinya kecemasan.


BIL. MURID


128 orang pelajar

PENCERAMAH /
JEMPUTAN


1.      EN JHON


RUJUKAN /
BAHAN

1.      Bahan Paparan
2.      Rakaman foto.
3.      Patung, Kain anduh, ubat-ubatan

CATATAN


Program keseluruhan berjalan lancar. Pelajar mendapat pelbagai dan kemahiran melakukan pertolongan cemas.




LAPORAN KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
7 – 8 NOVEMBER 2011



  1. PENDAHULUAN

Kursus ini diberikah bagi memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar berkenaan pertolongan cemas yang boleh dilakukan untuk membantu apabila keadaan kecemasan berlaku.

  1. MATLAMAT
Mendedahkan dan memahirkan pelajar berkaitan bantuan pertolongan cemas

  1. OBJEKTIF

3.1 . Murid mendapat panduan tentang cara-cara melakukan  pertolongan cemas
3.2   Murid dapat melakukan kemahiran amali melakukan pertolongan cemas.
3.3    Murid dapat merancang bantuan yang bakal diberikan apabila terjadinya kecemasan

  1. TEMA

 ”PERTOLONGAN CEMAS DAPAT MENYELAMATKAN NYAWA”

  1. KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar tahun 6

  1. TARIKH
              7 – 8 NOVEMBER 2011

  1. TEMPAT
         Pusat Kegiatan Persatuan Bulan Sabit Merah

  1. RUMUSAN KEHADIRAN :
8.1  Seramai 128 pelajar yang hadir dan memberikan kerjasama

8.2   Seramai 5 orang guru pengiring yang hadir dan membantu mengawal murid dan penceramah dalam mengendalikan aktiviti dan kursus yang dilaksanakan.

1.      Pn Masinah Bt Maidin
2.      Cik Rafatun Addawiyah Binti Ruslan
3.      Pn Rosnah bt. Gabut
4.      Pn Linda bt. Sararuddin
5.      Pn  Norashimah bt. Iberahim


  1. JADUAL PROGRAM
Hari Pertama – 7/11/11 (ISNIN)


MASA
PERKARA
Tindakan
Catatan
7.00-8.00 a.m
Pendaftaran ,
Taklimat
& Peraturan kursus

Urusetia kursus

Senarai kedatangan pelajar setiap kelas
8.00-10.00 am
Pengenalan tentang kecemasan
Penceramah

10.00 -10.30
Rehat
Urusetia kursus
Mengedarkan makanan
10.30-12.30 pm




Rawatan kecemasan
  1. denyutan nadi
  2. CPR
  3. mangsa tecekik
Penceramah

Urusetia diminta membantu menlancarkan aktiviti kursus
 12.30-1.00pm
Penutup dan kesimpulan
Guru Bimbingan dan Kaunseling



Hari Pertama – 8/11/11 (ISNIN)


MASA
PERKARA
Tindakan
Catatan
7.00-8.00 a.m
Pendaftaran ,
Taklimat
& Peraturan kursus

Urusetia kursus

Senarai kedatangan pelajar setiap kelas
8.00-10.00 am
Ikatan kain anduh
Penceramah

10.00 -10.30
Rehat
Urusetia kursus
Mengedarkan makanan
10.30-12.30 pm
Ubatan dan cara menangani kecemasan
Penceramah

Urusetia diminta membantu menlancarkan aktiviti kursus
 12.30-1.00pm
Penutup dan kesimpulan
Guru Bimbingan dan Kaunseling






  1. PEBELANJAAN SEBENAR


Bil
Tarikh
Perkara
Kuantiti
 Harga
Jumlah
1
7/11/2011
Nasi lemak ayam
128 pelajar
RM 4
RM 512
2
8/11/2011
Mihun gorang dan telur
128 pelajar
RM 4
RM 512




JUMLAH
RM 1024



11. ANALISA PENILAIAN PROGRAM

Melalui temubual yang dilakukan dikalangan peserta kursus, dapatlah dipastikan bahawa segala pengisian kursus amat bersesuai dan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dalam mengendalikan rawatan awalan apabila berlakunya kemalangan dan kecemasan.

Para pelajar diajar pelbagai teknik rawatan kecemasan seperti CPR, bantuan kepada mangsa tecekik, mengesan dan mengira denyutan nadi, ikatan kain anduh, rawatan kepada mangsa patah dan ubatan yang sesuai di berikan jika berlaku kecemasan.

Pelajar juga dilihat berminat dan memberikan tumpuan sepanjang kursus berlangsung. Penggunaan patung, alatan kecemasan dan sebagainya membuatkan pelajar lebih menumpukan perhatian kepada perjalanan kursus.

Pihak penceramah juga memberikan peluang kepada semua pelajar untuk melakukan latihan amali bagi memberikan pendedahan yang lebih praktikal kepada peserta. Peserta diminta menjalankan latihan amali dan dibantu dengan memberikan penerangan secara dua hala bagi memberikan lebih pemahaman kepada para pelajar. Ini dapat membantu pelajar lebih faham untuk mengendalikan rawatan kecemasan.

  1. MASALAH YANG DIHADAPI

Secara keseluruhanya, kursus ini dilihat amat berjaya dan penyertaan peserta mengalakkan dengan memberikan kerjasama kepada  setiap aktiviti yang dilakukan. Namun terdapat 1 masalah iaitu kerosakan teknikal pada awal kursus dan ini menyebabkan kursus telah lewat diadakan selama 1 jam.

  1. CADANGAN UNTUK PENAMBAIKAN

Masalah kerosakan teknikal tersebut diselasaikan dengan bantuan juruteknik pusat kegiatan PBSM dan kursus terus dilakukan dengan menambah 1 jam untuk mengantikan slot yang tertangguh.

  1. KESIMPULAN DAN PENUTUP

Secara kesimpulanya, dapatlah dilaporkan bahawa kursus ini berjalan lancar dan berjaya dengan kerjasama pelajar dalam setiap aktiviti yang dilakukan amat baik. Aktiviti dan kursus seperti ini akan dilakukan ditahun akan datang supaya dapat memberikan pendedahan kepada pelajar bagi melakukan bantuan rawatan awalan apabila berlakunya kecemasan.


Disediakan oleh:                                                                                 Disahkan oleh:

_________________________________                                          _________________________         
(RAFATUN ADDAWIYAH BINTI RUSLAN)                                         SIMON CHEONG CHAN VOON
Guru Bimbingan dan Kaunseling                                                        Guru Besar
Sk Saint Columba, Miri.                                                                      Sk Saint Columba, Miri.






manisnya GADIS

program pertama yang ku kendalikan dsekolah setelah ku posting..aku beri tajuk MANISNYA GADIS..bukan untuk drasa@dmakan..cuma untuk d hargai dan dMEGERTIKAN sahaja

                                         
      SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT COLUMBA
JALAN DATUK ABANG INDEH,
98000 MIRI, SARAWAK
                       

LOG LAPORAN AKTIVITI
UNIT: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING



TARIKH


1 NOVEMBER 2011

MASA


9.300 PG-1.00 PETANG

HARI


SELASA





PROGRAM


Manisnya  Remaja


TEMPAT


Pusat Sumber dan Dewan Mini Sek. Keb. Saint Columba, Miri.


ANJURAN


Unit Bimbingan & Kaunseling



OBJEKTIF



1. Murid mendapat pendedahan tentang Alam Remaja
2  Murid mendapat panduan tentang cara-cara menghadapi alam remaja yang bakal dilalui
3. Murid dapat merancang dan melakukan persediaan apabila menghadapi saat pertama kali akil baligh.



BIL. MURID


128 orang pelajar

PENCERAMAH

1.      Cik Rafatun Addawiyah Binti Ruslan
2.      En Mohd Amirul Mu’minin Bin Abdul Rashid

RUJUKAN /
BAHAN

1.      Bahan paparan
2.      Rakaman foto.
3.      eventori sahsiah diri dan pesonaliti diri

CATATAN


Program keseluruhan berjalan lancar. Pelajar mendapat pelbagai pendedahan tentang alam remaja yang bakal dilalui.


INSAN TERBAIK YANG KU TEMUI

tibanya aku di bandar BANDAR MIRI..aku telah di jemput oleh puan FARIDAH..pk1 sek ku..selepas tiba d sekolah..aku di ambil oleh PUAN FARAHFAZNITA utk dok menumpang d rumah mereka..TQ KAK krn baik menjaga adda n membantu..jasa dan budimu ku kenang HINGGA AKHIR hayat..MOGA ikatan UKWAH ini akan terus terjalin erat..ku postkn beberapa keping gambar aku, kak farah & anakya..






kad kawen...SETELAH KAD KAWIN DALAM PROSES SIAP..ku pun dpt arahan utk berposting...sedihnya hati bukan kepalang..maklumlah bakal pengantin yang terpaksa jauh dr en Suami..huk2.hukk..

ini adalah cth kad kawin sebelah en suamiku..yang kat umah aku x scan lg..

kad kawen
 
selamat BERTEMU KEMBALI..
kini aku telah menjadi guru..disebuah sekolah di bandar MIRI SARAWAK..sedih sgt memula nak d sana.,,tp sampai d sana..happpy...sek >ok..guru>ok, pelajar2>ok..staf>ok..SEMUANYA OK...

BEBERAPA KEPING GAMBAR UNTUK PERKONGSIAN KU DSANA:

tiket & pasport
tiket dr KL-MIRI-SIBU..TQ kpm

bilik kaunseling..

first time snap pic gan anak murid sek baru

11 Mac 2011

nape kau tinggalkn aq...

smlm ku da jumpa 1 klip video..yg syahdu bangat...sampaikn teman sekatilku menitikkn air mata..hik.hik



sedihnye..lau ini yg terjd padaku..masa bersamanya x dhargai..tp bila dia pergi....huk.hukk..nangis

10 Mac 2011

PR1 kali ke-2

wah2..sok dah nak d pantau..kali ke-2 sivik..nak  wat tajuk pa pun x tau g..huk.hukk.risau ni

BAWAH NI KU UPLOAD VIDEO P&P AQ




video ni di ambil masa PR1 dlu..tajuknya hargai masa....semangat sungguh pelajar2 5B menyanyi..
cikgu syg kamu, bila kamu baik n x nakal..p&p pn berjln lancar

2 Mac 2011

kawin2-kawin2..


peh..dah x lama nak jd pengantin ni..tp bridal x pilih lg..khusus kawin x p lg..huk.hukk..


25 Februari 2011

sedih lg-tiada keadilan didunia ni

x tahu nape..lau ku sedih jak..ku mesti bukak blog n nak tulis..sian blog ni..diingati bila kesedihan menjelma..huk.huk..kesian kn..

ku ni mmg malang kot..wat apa pn tetap x dpt yg tebaik..

mr ahmad ku selalu pesan>>JGN TERLALU MENGHARAP N MENARUH HARAPAN..nanti kecewa...

ku x taruh harapan..tp kecewa juga..kenapa manusia x leh berlaku adil..

kekadang wat baik n rajin..tp x dpt pa pa pun..baik x yah wat..x de motivasi langsung dlm driku ini...bis la..lepas ni makin DOWN la..

INI X ADILL

peh..trasa x diadili ari ni...huk.hukk.sedihnye...

bertungkus lumus, tp............................................
>>x pa la..bkn rezeki ku...ada hikmah dsebaliknya

lagu- PENAMPILAN DIRI POSITIF

"BANGUN PAGI" http://www.tabika21.com.my/t21/homepage/lib/FCKeditor2/editor/images/smiley/msn/teeth_smile.gif
                                                   BANGUN PAGI GOSOK GIGI,
CUCI MUKA TERUS MANDI,
PAKAI BAJU KEMAS-KEMAS,
BIAR KACAK BIAR CANTIK,
MINUM SUSU MAKAN ROTI,
SALAM AYAH DAN IBU,
PERGI SEKOLAH JALAN KAKI,
TOLEH KANAN TOLEH KIRI,
BARU LINTAS SELAMAT DIRI,
JUMPA CIKGU DEPAN PINTU,
SELAMAT PAGI CIKGU SAYANG,
SENYUM MANIS SENANG HATI,
RAJIN BELAJAR CIKGU AJAR,
PANDAI TULIS, PANDAI LUKIS,
PANDAI NYANYI, PANDAI BACA,
SEMUA ORANG SUKA HATI

24 Februari 2011

MINGGU KE-3

Minggu Pertama: 31/1/2011 hingga 4/2/2011

Pada minggu ini, persekolahan hanya berlangsung selama 3 hari kerana menyambut cuti tahun baru cina. Pada hari isnin, saya telah melaksanakan pengajaran saya di kelas 4 Hijau. Kerjasam daripda pelajar-pelajar dilihat amat menggalakkan. Pada hari isnin kami telah terlibat dalam tiga aktiviti iaitu latihan rentas desa pada hari selasa. Kami telah menjalankan projek kecik kami iaitu berkerjasama dengan unit Hal Ehwal Murid untuk melaksanakan Program perlantikal Ketua dan Penolong darjah. Pada petang rabu pula, kami telah terlibat sebagai jawatan kuasa kursus kepimpinan pengawas sekolah.

MINGGU KE-2

Minggu kedua: 25/1/2011 hingga 28/1/2011

Pada minggu ini, jadual telah diberikan dan kami akan memulakan pengajaran. Kami juga terlibat dengan perlantikan ahli jawatankuasa Persatuan Puteri Islam. Pada hari khamis (27/1/2011) kami telah terlibat dengan mesyuarat Panitia Sivik dan Kewarganegaraan. Saya telah dilantik untuk menjalankan tugas sebagai setiausaha bagi panitia tersebut. Pelbagai persoalan dan perancangan telah dibincangkan didalam mesyuarat terbabit. Kami juga sudah mulai melakukan sesi kaunseling. Kerja-kerja mengemaskini fail dan rekod masih berjalan.

MINGGU PER-1

Minggu Pertama: 17/1/2011 hingga 21/1/2011

Pada hari pertama, kami seramai 2 orang guru pelatih dari Instutut Pendidikan Perguruan Kampus Pulau Pinang telah melapor diri di Sek. Keb. Bagan Ajam, Butterworth. Kami terdiri daripada opsyen Bimbingan dan Kaunseling serta minor dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kami bertemu dengan guru besar, Pn Salha Bt Ahmad, PK 1 Pn Hajah Rohani Bt. Mohamad , PK Ko-kokurikulum En Sani B. Siron dan juga PK HEM Pn Hajah Marinah BT Mad Tahir berbincang tentang jadual persekolahan dan apa yang perlu dilakukan semasa dalam latihan praktikum ini. Tidak ketinggalan juga guru pembimbing kami iaitu Pn Che Wan dan Pn Norisah Che Mat guru pembimbing untuk opsyen Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta Bimbingan dan Kaunseling. Sebelum pertemuan ini, kami berpeluang mengikuti perhimpunan sekolah dan telah diperkenalkan oleh guru besar kepada guru-guru dan murid-murid. Kami meminta kebenaran guru pembimbing untuk membenarkan kami bersamanya masuk ke kelas pada hari itu iaitu kelas 4 Hijau untuk menjadi guru ganti. Kami menghabiskan masa dengan berbincang dengan Pn Norisah tentang keceriaan bilik Bimbingan dan Kaunseling. Kami juga melakukan aktiviti gotong royong dan mengemaskini fail dan rekod.

RPH-PENAMPILAN DIRI

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (SR)

Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Kelas : 4 Hijau
Bil Murid : 25 orang
Tarikh : 21 Februari 2011
Masa : 8.15-9.15 pagi
Tema : Pengurusan diri
Tajuk : Penampilan diri yang positif

A) Hasil Pembelajaran:
Pada akhir aktiviti ini, murid dapat
1. Pelajar dapat menerangkan penampilan diri yang positif
2. Menunjukkan penampilan diri yang positif dan meyakinkan.
3. Menghargai diri dengan menunjukkan penampilan diri yang positif.
B) Isi kandungan:
1. Berdasarkan gambar yang diberikan, pelajar menunjukkan penampilan yang positif.
2. Guru menerangkan cara dan kepentingan menjaga penampilan diri yang positif.
3. Guru membimbing pelajar menunjukkan penampilan yang positif.

C)Penerapan Nilai:
- penampilan diri
- perwatakan
- menghormati
D)Unsur Patriotisme:
- Bersyukur atas keamanan dan kemakmuran Malaysia
- Berbangga hidup di Malaysia

D) Pengetahuan Perlu ada:
- Murid mengetahui perlunya penampilan yang positif agar dapat disukai semua

E)Bahan sumber P&P:
Tudung
selengang
Kertas Warna dan bergambar
Kad keras
Pita pelekat 1 helai
1 helai
1 keping
25 keping
1 gulung

Prosedur Perlaksanaan Elemen pengurusan
Pembelajaran Bestari/ kemahiran Generik
Catatan
Set Induksi (10 minit)

Guru meminta 2 pelajar berdiri dan kehadapan
1- Pelajar yang tidak berpakaian kemas
2- Pelajar yang berpakaian kemas dan bersih

Murid meminta pelajar untuk menyatakan pendapat mereka tentang tajuk yang akan di bincangkan iaitu penampilan diri

Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.





KBF: Menjana idea


KB: Berfikir, melihat dan mendengar Nilai murni:
Kekemasan dan penampilan yang menarik


Perkembangan Pengajaran:
Langkah 1: (15 Minit)
Guru akan berbincang dan berkongsi maklumat tentang fakta penampilan yang positif menurut islam dan masyarakat umum.

Guru menunjukkan rajah dan gambar

Guru menunjukkan demontrasi pemakain tudung secara islam

Guru juga akan menyatakan kepentingan penampilan yang positif



KBF: Menjana idea

STRATEGI: Generatif dan direktif

KBF: Banding beza




Langkah 2 (20 minit)

Guru mengeluarkan arahan:
• Setiap pelajar diberikan 1 gambar dan guru akan meminta pelajar menampalnya di atas papan hitam penampilan yang positif


• Pelajar diminta membezakan penampilan terbabit.







TKP:
Interpersonal, intrapersonal, linguistik

STRATEGI:
Direktif, Generatif

KBF: Meneroka idea, memproses maklumat

KB: Menyusun maklumat, menyampaikan maklumat



Nilai:
Kerjasama
Menghormati




Langkah 3 (5 minit)

Kuiz spontan diberikan untuk menjana pemikiran dan menilai tahap kefahaman pelajar

Token ekonomi diberikan bagi menghargai kefahaman pelajar.







Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif:



Nilai:

Kemahiran berfikir


Penutup 4 (5 minit)

Latihan pengukuhan diberikan agar dapat meningkatkan ingatan dan pemahaman pelajar dalam jangka masa yang panjang..






Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif

BSPP:
bahan edaran

Nilai:
Kemahiran berfikir
Tanggungjawab melaksanakan amanah

dah minggu ke-6

wah..dah minggu ke-6 praktikum..lawatan dah..pemantauan pn dah..sok ada lg 1..en anuar..doakan aku yek

Finiey-sensei: Start of Something New~

Finiey-sensei: Start of Something New~: "Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Permulaan baru buat diriku. Blog ini menjadi tempat aku bercerita dan berkong..."