2 April 2012

MOTOKU.WRA114

SAAT CERIA..DI DEPAN KK8UM

Tambah kapsyen
Dulu time d um..sem 2 aku dah start beli moto..dgn duit hasil BIASISWA JPA yang dpt RM11K setahun tu & duit dr SUGARDADY (DATUK Z) telah melayakkan aku membeli sebuah moto NAZA SIMPHONY..tu jek yang mampu..beli SECARA tunai tau..he.he..TP LAST SEM xcident..aku langar keta Pengarah COMPANY GLC lak tu..hua.hua..kowang mesti boleh bayangkan..keta dia mesti la mahal..ratus ribu wo…adoii..tp nasib aku x bayar..dia kesian kot tengok student mcm aku ni..melalak kat dpn BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAT TIME HUJAN LEBAT2 TU..time ku kesusahan la DATUK Z dating dr bangi..kesian dia..banyak alami kesusahan krn aku..



SEDIH MENGENANGKAN COVER DEPAN PECAH

KEJA DI MRCB





Wah..mcm hebat kan..keja d MRCB..dulu ku wat tesis tajuk “TRANSIT ORIENTED DEVELOPMENT””lokasi d BRICKFIELD…jd secara x langsung berkait dengan MRCB ni..dekat area situ2 jak kan..n  syarikat GLC ni mmg more kpd.contruction..MCM2 dia wat..JLN,UMAH, BANGUNAN DLL..aku lak keje nya wat survey dr segi kualiti,perkhidmtan,keselamatan, penggunaan dll…PASTU balik wat analisis..report boss yang wat….tp mmg best d sana..BOS YANG BAIK N PENYANYANG …en faiz,kak emy.kak lina,kak jihan,zul dll..semua best..tq KRN BANYAK BAGI PENGALAMAN YANG BERHARGA PADAKU LEPAS HABIS JA EXAM d UM dulu..

ADIK ROOMATE KU..

Sepanjang aku d UM dulu..memang ku BANYAK BERGAUL DENGAN RAKAN2 DR BORNEO…mungkin sbb itu la aku d postingkan di sini…MIZA & BING…dah ada master dah..orang bahasa yang hebat kini..adik roommate yang baik n best..walaupun memula kenal mcm pelik ja..maklumlah KAK mu ni seksi2 , MLM2 kuar n balik awal pagi....jd dia TENGOK aku memula pelik n semacam jak..last2 aku terangkan kat dia aku banyak wat keja D FAKULTI@STUDIO RPPP ..so stay back d sana sampai pagi..BAB SEKS2 lak..biasa la d bilik n nak meningkat dewasa..pakaian kena sesuai..TP X LA MELAMPAU..kang x pasal2 DATUK Z aku mengamuk kang…

MISS U>IZAN,WATI &IDAH



Peh…rindunye kenangan dulu..d UM..aku masuk UM tahun 2006/2007…sem 1.,,muka SUCI lagi..he.he..roomateku yang hingga kini menjadi sahabat ku IZAN, jiran sebelah WATI & IDAH..IZAN dah jadi orang besar d Gaint..MANAGER pa tah.t..tq jeng kerana jd PENGAPIT aku ari sandingku.....WATI lak dah jadi cikgu sej…IDAH hilang entah kemana..hubungan kami mcm adik beradik, saling menyangi..LOVE U ALL..BILA KITA AKAN KETEMU,,

20 Februari 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA

11.12.11 SAH KU jd ISTERI kepada MY SUGARDADY,...he,he,,syukur sgt,,,harap segala perjalan dalam melayari alam rumah tangga ini dengan aman, bahagia dan sentiasa di bajai dengan bunga-bunga cinta.







24 November 2011

KEM PASCA UPSR2011

PROGRAM KE4 YANG TELAH MELIBATKAN DIRIKU SECARA LANGSUNG dan SECARA TIDAK LANGSUNG..gantuk, geram gan pelajar2, pening , penat dll...maklumlah tido dsekolah..tu pun 2 jam jek..pelajar2 darjah 6 ni x mau tido..maklumlah ramai kwn dsekolah...jd mrk dok borak la sampai jam 4am..pastu kejut cikgu bangun jam 4am..aku, kak mas, kak suzana dan kak rozani tido kat atas pentas dewan sekolah..siap bawak bantal, tilam, selimut...he.he..tp tido 2 jam jek..huk.huk..
dibawah ni contoh laporam kem tersebut..UNTUK TUJUAN PERKONGSIAN DGN GURU BMK YANG LAIN


SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT COLUMBA
JALAN DATUK ABANG INDEH,
98000 MIRI, SARAWAK
                       

LOG LAPORAN AKTIVITI
UNIT: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING



TARIKH


11-12 NOVEMBER 2011

MASA


7.00 PG (Jumaat)-10.00 PG (Sabtu)

HARI


Jumaat-Sabtu





PROGRAM


PROGRAM  PASCA UPSR 2011


TEMPAT


Sekolah Kebangsaan Saint Columba, Miri


ANJURAN


Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia



OBJEKTIF



1.                  Menimbulkan kesedaran kepada diri peserta tentang ilmu pengetahuan dan keterampilan diri dalam pelbagai bidang .
2.                  Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai anak, pelajar dan ahli masyarakat.
3.                  Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek.
4.                  Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka.


BIL. MURID


118 orang pelajar

RUJUKAN /
BAHAN

1.      Bahan Paparan
2.      Rakaman foto.

CATATAN


Program keseluruhan berjalan lancar.




LAPORAN PROGRAM  PASCA UPSR 2011
11-12 NOVEMBER 2011



  1. PENDAHULUAN

Kem pasca UPSR 2011 ini dilaksanakan atas dasar program tahunan sekolah yang sememangnya dilaksanakan setiap tahun untuk meraikan pelajar yang telah menduduki UPSR pada tahun 2011. kem ini dijalankan selama 2 hari 1 malam. Kandungan modul kem mengandungi pembentukan sahsiah diri, kerja berkumpulan, penglibatan ektif, sifat amanah dan bertangungjawab serta kepimpinan.

  1. MATLAMAT

Membentuk sahsiah diri dengan menghargai diri dan menanam semangat jadi diri dalam jiwa yang dapat melahirkan keperibadian unggul seorang pelajar.

  1. OBJEKTIF

3.1  Menimbulkan kesedaran kepada diri peserta tentang ilmu pengetahuan dan keterampilan diri dalam pelbagai bidang .
3.2  Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai anak, pelajar dan ahli masyarakat.
3.3  Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek.
3.4  Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka.


  1. KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar tahun 6

  1. TARIKH

10-11 NOVEMBER 2011

  1. TEMPAT

         Sekolah Kebangsaan Saint Columba, Miri.
  1. ANALISA PENILAIAN PROGRAM

Melalui borang penilaian yang dilakukan dikalangan peserta kem , dapatlah dipastikan bahawa segala pengisian kem yang dilaksanakan masih belum mengcukupi dan memenuhi kehendak pelajar. Pelajar mahukan lebih aktiviti yang pelbagai dan menyeronokkan.
Para pelajar juga mencadagngkan kem Pasca UPSR diadakan diluar kawasan sekolah bagi memberikan suasana baru dan lebih menyerokokkan. Para pelajar juga mahukan aktiviti yang lebih lasak dan mencabar. Ini selari dengan perkembangan umur para pelajar yang mahukan cabaran dalam aktiviti yang mereka sertai.
Para pelajar juga mahuka kem ini diadakan selama 1 minggu. Tempah masa kem yang lama ini boleh memberikan peluang kepada pelajar menyertai pelbagai aktiviti yang melibatkan aspek fizikal, mental, rohani dan jasmani.
Sepanjang kem diadakan, para pelajar memberikan memberikan kerjasama yang baik dalam semua aktiviti yang diadakan. Setiap LDK yang dijalankan dilaksana

  1. MASALAH YANG DIHADAPI

Secara keseluruhanya, kursus ini dilihat amat berjaya dan penyertaan peserta mengalakkan dengan memberikan kerjasama kepada  setiap aktiviti yang dilakukan. Namun terdapat 1 masalah iaitu kerosakan teknikal pada awal kursus dan ini menyebabkan kursus telah lewat diadakan selama 1 jam.

  1. CADANGAN UNTUK PENAMBAIKAN

Masalah kerosakan teknikal tersebut diselasaikan dengan bantuan juruteknik pusat kegiatan PBSM dan kursus terus dilakukan dengan menambah 1 jam untuk mengantikan slot yang tertangguh.

  1. KESIMPULAN DAN PENUTUP

Secara kesimpulanya, dapatlah dilaporkan bahawa kursus ini berjalan lancar dan berjaya dengan kerjasama pelajar dalam setiap aktiviti yang dilakukan amat baik. Aktiviti dan kursus seperti ini akan dilakukan ditahun akan datang supaya dapat memberikan pendedahan kepada pelajar bagi melakukan bantuan rawatan awalan apabila berlakunya kecemasan.


Disediakan oleh:                                                                                 Disahkan oleh:

_______________________                                                                   _________________________    
(RAFATUN ADDAWIYAH BINTI RUSLAN)                                             SIMON CHEONG CHAN VOON
Guru Bimbingan dan Kaunseling                                                        Guru Besar
Sk Saint Columba, Miri.                                                                      Sk Saint Columba, Miri.



LAMPIRAN :

  1. Senarai kehadiran
  2. Gambar-gambar

kursus pertolongan cemas PBSM

program ke-2 yang ku lakukan@ bantu...best juga ke PBSM..aku dapat ilmu, panduan n pengalaman..balik je terus jumpa PK KOKO minta masuk unit beruniform PBSM..he.he..baju KOPERAT Pun dan beli..bleh la pakai tiap ari rabu..
disini ku lampirkan salinan laporan proram tersebut..untuk tujuan perkongsian dengan rakan2 yang melawat blogku ini..

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT COLUMBA
JALAN DATUK ABANG INDEH,
98000 MIRI, SARAWAK
                       

LOG LAPORAN AKTIVITI
UNIT: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING



TARIKH


7 – 8 NOVEMBER 2011

MASA


7.300 PG-1.00 PETANG

HARI


ISNIN - SELASA





PROGRAM


Kursus Pertolongan Cemas


TEMPAT


Pusat Kegiatan Persatuan Bulan Sabit Merah


ANJURAN


Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Miri.



OBJEKTIF



1. Murid dapat panduan tentang cara-cara melakukan  pertolongan cemas
2  Murid dapat melakukan kemahiran amali melakukan pertolongan cemas.
3. Murid dapat merancang bantuan yang bakal diberikan apabila terjadinya kecemasan.


BIL. MURID


128 orang pelajar

PENCERAMAH /
JEMPUTAN


1.      EN JHON


RUJUKAN /
BAHAN

1.      Bahan Paparan
2.      Rakaman foto.
3.      Patung, Kain anduh, ubat-ubatan

CATATAN


Program keseluruhan berjalan lancar. Pelajar mendapat pelbagai dan kemahiran melakukan pertolongan cemas.




LAPORAN KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
7 – 8 NOVEMBER 2011



  1. PENDAHULUAN

Kursus ini diberikah bagi memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar berkenaan pertolongan cemas yang boleh dilakukan untuk membantu apabila keadaan kecemasan berlaku.

  1. MATLAMAT
Mendedahkan dan memahirkan pelajar berkaitan bantuan pertolongan cemas

  1. OBJEKTIF

3.1 . Murid mendapat panduan tentang cara-cara melakukan  pertolongan cemas
3.2   Murid dapat melakukan kemahiran amali melakukan pertolongan cemas.
3.3    Murid dapat merancang bantuan yang bakal diberikan apabila terjadinya kecemasan

  1. TEMA

 ”PERTOLONGAN CEMAS DAPAT MENYELAMATKAN NYAWA”

  1. KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar tahun 6

  1. TARIKH
              7 – 8 NOVEMBER 2011

  1. TEMPAT
         Pusat Kegiatan Persatuan Bulan Sabit Merah

  1. RUMUSAN KEHADIRAN :
8.1  Seramai 128 pelajar yang hadir dan memberikan kerjasama

8.2   Seramai 5 orang guru pengiring yang hadir dan membantu mengawal murid dan penceramah dalam mengendalikan aktiviti dan kursus yang dilaksanakan.

1.      Pn Masinah Bt Maidin
2.      Cik Rafatun Addawiyah Binti Ruslan
3.      Pn Rosnah bt. Gabut
4.      Pn Linda bt. Sararuddin
5.      Pn  Norashimah bt. Iberahim


  1. JADUAL PROGRAM
Hari Pertama – 7/11/11 (ISNIN)


MASA
PERKARA
Tindakan
Catatan
7.00-8.00 a.m
Pendaftaran ,
Taklimat
& Peraturan kursus

Urusetia kursus

Senarai kedatangan pelajar setiap kelas
8.00-10.00 am
Pengenalan tentang kecemasan
Penceramah

10.00 -10.30
Rehat
Urusetia kursus
Mengedarkan makanan
10.30-12.30 pm




Rawatan kecemasan
  1. denyutan nadi
  2. CPR
  3. mangsa tecekik
Penceramah

Urusetia diminta membantu menlancarkan aktiviti kursus
 12.30-1.00pm
Penutup dan kesimpulan
Guru Bimbingan dan Kaunseling



Hari Pertama – 8/11/11 (ISNIN)


MASA
PERKARA
Tindakan
Catatan
7.00-8.00 a.m
Pendaftaran ,
Taklimat
& Peraturan kursus

Urusetia kursus

Senarai kedatangan pelajar setiap kelas
8.00-10.00 am
Ikatan kain anduh
Penceramah

10.00 -10.30
Rehat
Urusetia kursus
Mengedarkan makanan
10.30-12.30 pm
Ubatan dan cara menangani kecemasan
Penceramah

Urusetia diminta membantu menlancarkan aktiviti kursus
 12.30-1.00pm
Penutup dan kesimpulan
Guru Bimbingan dan Kaunseling






  1. PEBELANJAAN SEBENAR


Bil
Tarikh
Perkara
Kuantiti
 Harga
Jumlah
1
7/11/2011
Nasi lemak ayam
128 pelajar
RM 4
RM 512
2
8/11/2011
Mihun gorang dan telur
128 pelajar
RM 4
RM 512




JUMLAH
RM 1024



11. ANALISA PENILAIAN PROGRAM

Melalui temubual yang dilakukan dikalangan peserta kursus, dapatlah dipastikan bahawa segala pengisian kursus amat bersesuai dan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dalam mengendalikan rawatan awalan apabila berlakunya kemalangan dan kecemasan.

Para pelajar diajar pelbagai teknik rawatan kecemasan seperti CPR, bantuan kepada mangsa tecekik, mengesan dan mengira denyutan nadi, ikatan kain anduh, rawatan kepada mangsa patah dan ubatan yang sesuai di berikan jika berlaku kecemasan.

Pelajar juga dilihat berminat dan memberikan tumpuan sepanjang kursus berlangsung. Penggunaan patung, alatan kecemasan dan sebagainya membuatkan pelajar lebih menumpukan perhatian kepada perjalanan kursus.

Pihak penceramah juga memberikan peluang kepada semua pelajar untuk melakukan latihan amali bagi memberikan pendedahan yang lebih praktikal kepada peserta. Peserta diminta menjalankan latihan amali dan dibantu dengan memberikan penerangan secara dua hala bagi memberikan lebih pemahaman kepada para pelajar. Ini dapat membantu pelajar lebih faham untuk mengendalikan rawatan kecemasan.

  1. MASALAH YANG DIHADAPI

Secara keseluruhanya, kursus ini dilihat amat berjaya dan penyertaan peserta mengalakkan dengan memberikan kerjasama kepada  setiap aktiviti yang dilakukan. Namun terdapat 1 masalah iaitu kerosakan teknikal pada awal kursus dan ini menyebabkan kursus telah lewat diadakan selama 1 jam.

  1. CADANGAN UNTUK PENAMBAIKAN

Masalah kerosakan teknikal tersebut diselasaikan dengan bantuan juruteknik pusat kegiatan PBSM dan kursus terus dilakukan dengan menambah 1 jam untuk mengantikan slot yang tertangguh.

  1. KESIMPULAN DAN PENUTUP

Secara kesimpulanya, dapatlah dilaporkan bahawa kursus ini berjalan lancar dan berjaya dengan kerjasama pelajar dalam setiap aktiviti yang dilakukan amat baik. Aktiviti dan kursus seperti ini akan dilakukan ditahun akan datang supaya dapat memberikan pendedahan kepada pelajar bagi melakukan bantuan rawatan awalan apabila berlakunya kecemasan.


Disediakan oleh:                                                                                 Disahkan oleh:

_________________________________                                          _________________________         
(RAFATUN ADDAWIYAH BINTI RUSLAN)                                         SIMON CHEONG CHAN VOON
Guru Bimbingan dan Kaunseling                                                        Guru Besar
Sk Saint Columba, Miri.                                                                      Sk Saint Columba, Miri.