salam pertemuan dan lawatan ke ruagan mayaku... perkongsian ilmu dan catatan pengalaman yang tak seberapa... KEHIDUPAN, KELUARGA, KERJAYA, MASA DEPAN, PERANCANGAN & ANGAN-ANGAN...KU KONGSI UNTUK TATAPAN ANDA
Label
- ANGAN-angan (1)
- bagan ajam (7)
- I4P (1)
- MIRI (2)
- MY LOVE STORY (11)
- perasaan (5)
- program selepas UPSR (4)
- RPH (3)
- SK ST COLUMBA (3)
- UM DI HATIKU (4)
12 Januari 2011
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (SR)
Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Kelas : 4 PINTAR
Bil Murid : 5 orang
Masa : 8.00-9.00 pagi
Tema : Malaysia Negaraku (Tema 5)
Tajuk : Kenali Malaysia
A) Hasil Pembelajaran:
Pada akhir aktiviti ini, murid dapat
1. Menamakan negeri dan ibu negeri bagi negeri-negeri di Malaysia.
2. Menyatakan identiti negeri-negeri di Malaysia.
3. Berbangga dan cinta akan negara.
B) Isi kandungan:
1. Mengenali negeri dan ibu negeri di Malaysia
2. Mengenali bendera bagi setiap negeri
3. Mengetahui kedudukan setiap negeri tersebut.
C) Penerapan Nilai:
- Berbangga akan tanah air
- menghargai
D) Unsur Patriotisme:
- Bersyukur atas keamanan dan kemakmuran Malaysia
- Berbangga hidup di Malaysia
D) Pengetahuan Perlu ada:
- Murid mengetahui terdapat banyak negeri di Malaysia
E) Bahan sumber P&P:
LCD dan Laptop
Kertas Warna
Peta Malaysia bersaiz A1
Kad Manila
Pita pelekat
Roti
Alat tulis Sebuah
10 keping
1 keping
20 keping
1 gulung
5 paket
1 set
Prosedur Perlaksanaan Elemen pengurusan
Pembelajaran Bestari/ kemahiran Generik
Catatan
Set Induksi (10 minit)
Guru meminta pelajar berdiri dan menyanyikan lagu “Negaraku” dan “Jalur gemilang”
Murid diminta untuk menyatakan pendapat mereka tentang tajuk yang akan di bincangkan.
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
KBF: Menjana idea
KB: Berfikir, melihat dan mendengar
A) BSPP:
-LCD
- Laptop
B) Nilai:
-Patriotisme
Perkembangan Pengajaran:
Langkah 1: (15 Minit)
Guru akan berbincang dan berkongsi maklumat tentang fakta menarik berkenaan dengan bendera negeri-negeri yang terdapat di Malaysia dan ibu negerinya.
Guru juga akan menyatakan lokasi dan kedudukan sebenar negeri-negeri terbabit.
Murid-murid diminta untuk mengigati lokasi dan kedudukan negeri serta nama ibu negeri terbabit.
(Power point digunakan sebagai alat bantu mengajar )
KBF: Menjana idea
STRATEGI: Generatif dan direktif
KBF: Banding beza
A) BSPP:
-LCD
- Laptop
B) Nilai:
-pengetahuan tentang Malaysia
-Bersyukur
Langkah 2 (20 minit)
Guru mengeluarkan arahan:
• Setiap pelajar diberikan 2 bendera dan guru akan meminta pelajar menampalnya di atas peta yang telah disediakan.
• Pelajar diberi pula kad yang menunjukkan nama ibu negeri dan diminta untuk menampalnya di atas peta.
• 2 orang pelajar akan diminta untuk membaca kandungan yang terdapat di atas peta.
TKP:
Interpersonal, intrapersonal, linguistik
STRATEGI:
Direktif, Generatif
KBF: Meneroka idea, memproses maklumat
KB: Menyusun maklumat, menyampaikan maklumat
Nilai:
Kerjasama
Menghormati
BSPP:
Kad bendera
Kad ibu negeri
Peta
Langkah 3 (5 minit)
Kuiz spontan diberikan untuk menjana pemikiran dan menilai tahap kefahaman pelajar
Token ekonomi diberikan bagi menghargai kefahaman pelajar.
Nilai:
Kemahiran berfikir
Penutup 4 (5 minit)
Latihan pengukuhan diberikan agar dapat meningkatkan ingatan dan pemahaman pelajar dalam jangka masa yang panjang..
MOOD: BESTNYE DPT KONGSI RPH NI...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan