24 Februari 2011

MINGGU PER-1

Minggu Pertama: 17/1/2011 hingga 21/1/2011

Pada hari pertama, kami seramai 2 orang guru pelatih dari Instutut Pendidikan Perguruan Kampus Pulau Pinang telah melapor diri di Sek. Keb. Bagan Ajam, Butterworth. Kami terdiri daripada opsyen Bimbingan dan Kaunseling serta minor dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kami bertemu dengan guru besar, Pn Salha Bt Ahmad, PK 1 Pn Hajah Rohani Bt. Mohamad , PK Ko-kokurikulum En Sani B. Siron dan juga PK HEM Pn Hajah Marinah BT Mad Tahir berbincang tentang jadual persekolahan dan apa yang perlu dilakukan semasa dalam latihan praktikum ini. Tidak ketinggalan juga guru pembimbing kami iaitu Pn Che Wan dan Pn Norisah Che Mat guru pembimbing untuk opsyen Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta Bimbingan dan Kaunseling. Sebelum pertemuan ini, kami berpeluang mengikuti perhimpunan sekolah dan telah diperkenalkan oleh guru besar kepada guru-guru dan murid-murid. Kami meminta kebenaran guru pembimbing untuk membenarkan kami bersamanya masuk ke kelas pada hari itu iaitu kelas 4 Hijau untuk menjadi guru ganti. Kami menghabiskan masa dengan berbincang dengan Pn Norisah tentang keceriaan bilik Bimbingan dan Kaunseling. Kami juga melakukan aktiviti gotong royong dan mengemaskini fail dan rekod.

Tiada ulasan: