24 November 2011

KEM PASCA UPSR2011

PROGRAM KE4 YANG TELAH MELIBATKAN DIRIKU SECARA LANGSUNG dan SECARA TIDAK LANGSUNG..gantuk, geram gan pelajar2, pening , penat dll...maklumlah tido dsekolah..tu pun 2 jam jek..pelajar2 darjah 6 ni x mau tido..maklumlah ramai kwn dsekolah...jd mrk dok borak la sampai jam 4am..pastu kejut cikgu bangun jam 4am..aku, kak mas, kak suzana dan kak rozani tido kat atas pentas dewan sekolah..siap bawak bantal, tilam, selimut...he.he..tp tido 2 jam jek..huk.huk..
dibawah ni contoh laporam kem tersebut..UNTUK TUJUAN PERKONGSIAN DGN GURU BMK YANG LAIN


SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT COLUMBA
JALAN DATUK ABANG INDEH,
98000 MIRI, SARAWAK
                       

LOG LAPORAN AKTIVITI
UNIT: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING



TARIKH


11-12 NOVEMBER 2011

MASA


7.00 PG (Jumaat)-10.00 PG (Sabtu)

HARI


Jumaat-Sabtu





PROGRAM


PROGRAM  PASCA UPSR 2011


TEMPAT


Sekolah Kebangsaan Saint Columba, Miri


ANJURAN


Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia



OBJEKTIF



1.                  Menimbulkan kesedaran kepada diri peserta tentang ilmu pengetahuan dan keterampilan diri dalam pelbagai bidang .
2.                  Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai anak, pelajar dan ahli masyarakat.
3.                  Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek.
4.                  Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka.


BIL. MURID


118 orang pelajar

RUJUKAN /
BAHAN

1.      Bahan Paparan
2.      Rakaman foto.

CATATAN


Program keseluruhan berjalan lancar.




LAPORAN PROGRAM  PASCA UPSR 2011
11-12 NOVEMBER 2011



  1. PENDAHULUAN

Kem pasca UPSR 2011 ini dilaksanakan atas dasar program tahunan sekolah yang sememangnya dilaksanakan setiap tahun untuk meraikan pelajar yang telah menduduki UPSR pada tahun 2011. kem ini dijalankan selama 2 hari 1 malam. Kandungan modul kem mengandungi pembentukan sahsiah diri, kerja berkumpulan, penglibatan ektif, sifat amanah dan bertangungjawab serta kepimpinan.

  1. MATLAMAT

Membentuk sahsiah diri dengan menghargai diri dan menanam semangat jadi diri dalam jiwa yang dapat melahirkan keperibadian unggul seorang pelajar.

  1. OBJEKTIF

3.1  Menimbulkan kesedaran kepada diri peserta tentang ilmu pengetahuan dan keterampilan diri dalam pelbagai bidang .
3.2  Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai anak, pelajar dan ahli masyarakat.
3.3  Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek.
3.4  Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka.


  1. KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar tahun 6

  1. TARIKH

10-11 NOVEMBER 2011

  1. TEMPAT

         Sekolah Kebangsaan Saint Columba, Miri.
  1. ANALISA PENILAIAN PROGRAM

Melalui borang penilaian yang dilakukan dikalangan peserta kem , dapatlah dipastikan bahawa segala pengisian kem yang dilaksanakan masih belum mengcukupi dan memenuhi kehendak pelajar. Pelajar mahukan lebih aktiviti yang pelbagai dan menyeronokkan.
Para pelajar juga mencadagngkan kem Pasca UPSR diadakan diluar kawasan sekolah bagi memberikan suasana baru dan lebih menyerokokkan. Para pelajar juga mahukan aktiviti yang lebih lasak dan mencabar. Ini selari dengan perkembangan umur para pelajar yang mahukan cabaran dalam aktiviti yang mereka sertai.
Para pelajar juga mahuka kem ini diadakan selama 1 minggu. Tempah masa kem yang lama ini boleh memberikan peluang kepada pelajar menyertai pelbagai aktiviti yang melibatkan aspek fizikal, mental, rohani dan jasmani.
Sepanjang kem diadakan, para pelajar memberikan memberikan kerjasama yang baik dalam semua aktiviti yang diadakan. Setiap LDK yang dijalankan dilaksana

  1. MASALAH YANG DIHADAPI

Secara keseluruhanya, kursus ini dilihat amat berjaya dan penyertaan peserta mengalakkan dengan memberikan kerjasama kepada  setiap aktiviti yang dilakukan. Namun terdapat 1 masalah iaitu kerosakan teknikal pada awal kursus dan ini menyebabkan kursus telah lewat diadakan selama 1 jam.

  1. CADANGAN UNTUK PENAMBAIKAN

Masalah kerosakan teknikal tersebut diselasaikan dengan bantuan juruteknik pusat kegiatan PBSM dan kursus terus dilakukan dengan menambah 1 jam untuk mengantikan slot yang tertangguh.

  1. KESIMPULAN DAN PENUTUP

Secara kesimpulanya, dapatlah dilaporkan bahawa kursus ini berjalan lancar dan berjaya dengan kerjasama pelajar dalam setiap aktiviti yang dilakukan amat baik. Aktiviti dan kursus seperti ini akan dilakukan ditahun akan datang supaya dapat memberikan pendedahan kepada pelajar bagi melakukan bantuan rawatan awalan apabila berlakunya kecemasan.


Disediakan oleh:                                                                                 Disahkan oleh:

_______________________                                                                   _________________________    
(RAFATUN ADDAWIYAH BINTI RUSLAN)                                             SIMON CHEONG CHAN VOON
Guru Bimbingan dan Kaunseling                                                        Guru Besar
Sk Saint Columba, Miri.                                                                      Sk Saint Columba, Miri.



LAMPIRAN :

  1. Senarai kehadiran
  2. Gambar-gambar