7 Mei 2012

DINASTY HOTEL

WAH..ni mlm ke-3..my hubby dtg..sok dah mau balik..sedihnye...

mlm ni tido dinasty..ok la..x sebest n sebesar bilik kat PARKCITY EVELY...

ESOK dah nak pulang.setelah 4hari 3 mlm bersama...alangkah indahnya jika dah posting d semenanjung..sedihnye bila berjauhan...

YA alllah..kau dekatkanlah aku dengan suamiku..
YA Allah..kau makbulkan doa ku ini..
YA allah..hanya padamu ku meminta dan berharap...amin..amin..ya rabbul alamin...

5 Mei 2012

dia DATANG..

wah..happyne minggu ni bila my hubby sahkah dia akan dtg ke miri..5 mei 2012..jam 6pm sampai la..

5mei,
6pg..- aku bangun n solat..study utk exam KOAM di IPG MIRI
8.30pg - aku g exam
10.30 pg-aku dah melangkah keluar dr dwn exam

xcited sebenarnya mau p beli brg2 tok masak..

menu:
ASAM PEDAS
bahan:
1. lada kering(direbus n d blend bersama, halia, lengkuas, bawang merah besaq, bawang putih n belacan)
2. bunga kantan, serai n daun kesum n asam jawa(letak jak dlm periuk)
bahan2 di no satu itu ditumis hingga naik bau n masak..pastu letak jak air n letak semua bahan 2 lak..
pastu letak la garam+gula +ayam@ikan...
MUDAH KAN

KAILAN IKAN MASIN
1. sayur kailan(cuci bersih2 takut ada ulat, potong besaq2 spy best tok d mamam)
2. cili padi, bawang putih, merah n ikan masin (d tumbuk lumat2)
pastu mula la tumis bhn2 no 2 sampai naik bau..pastu letak la sayur n sedikit air...pastu letak la garam+gula +ayam@ikan...

menu ke-3 lak telur dadar, jd x yah la bg resepi k..simple sangat..semua owang tau wat..he.he

mak mentua kirim rendang ayam, mak sendiri kirim keropok 4 beg..banyak kan..he.he..

syukur sgt dia datang..dpt la hilangkan stress ni..my hubby bawak banyak roti dll..rasa seronok sangat..

lawatan dia ke sini 4 hari 3 mlm..

5-6 MEI-http://www.parkhotelmiri.com/
6-7 MEI-http://www.vhhotels.com/Parkcity%20Everly%20Hotel%20Miri.aspx
7-8 MEI-http://www.dynastyhotelmiri.com.my/

NAPE aku booking berlainan hotel
1. saja nak try otel2 tu
2. hari pertama d parkhotel tu semua hotel dah full..jd terpaksa ah mai cini..lg pun paling dekat dgn padang utk aku bertugas dlm pertandingan kawad kaki PBSM yang diadakan DI PADANG MAJLIS PERBANDARAN MIRI ni...bukak jak tingkap dah nampak padang tu..jd senang la myhubby mau skodeng aku..HE.HE..
3.nak rasa servis d semua hotel ni bangus@tidak..he.he

21 April 2012

first steadman d FB-MENYAKITKAN HATI

makin x best dok MIRI ni..penat2 n semangat2 pun x guna....baru nak mula balik mood utk bekerja dan d sound....lg la menyakitkan hati.....hampa n kecewa sedang menguasai diri...ambk pendekatan wat bodoh sambil tangan di dada n mata ke atas..hua.hua...TU LA LUAHAN KU YANG PERTAMA

aku dok penat2 minggu ni dok jerit2 gn bdk2 PBSM ni..last d saoud lak oleh orang penting sek..hua.hua..geramnye..kalau dah rasa bagus sgt..baik ko jak yg wat..benci aku gn org yang bermulut bacin ni..HE.HE..

AKU mmg x suka dah dok MIRI ni..jauh dr keluarga n jauh dr segala2 yg kucintai..X DA benda yang dpt ilangkan Stress AKU ni..dah la baru jak lepas aku gugur..mood pun x menentu..nasib aku x lawan n sound balik...kalau x kompem malu n terkedu orang tu...dia INGAT AKU ni diam2 n leh d pijak...


NASIB aku masih waras n berakal...

19 April 2012

tiket oh tiket

adoi..td tengok tiket mahal wo..rm 288..sehala..adoi..mati la..nak beli tiket mahal gila..kekadang ni yang wat aku x suka dok miri n g sek..bukan ape..sebabkan tekanan mcm ni la..sterss wo...ngadap muka insan yang paling ku .....................lg la..tah la sejak peristiwa ari tu..aku x caya lg gol agama ni..bg ku dah nak akhir zaman kot..org beragama hanya gunakan topeng itu shj..wal hal..dlm hati........maaf la..itu pendapat n hasil dr bacaan ku..mungkin sbb aku dah lalui sesuatu yang pahit..buatkan diriku PREJUDICE kan..

http://www.airasia.com/my/ms/home.page
http://www.malaysiaairlines.com/my/en.
html?s_kwcid=TC|16774|malaysia%20airlines||S|b|7467104657

18 April 2012

KAD-KAD YANG PALING BERMAKNA

KAD2 ni la yang terpeting n membuatkan ku bahagia

1. kad matrik kat UM
2. kad matrik MAKTAB.I4P
3. kad SEKOLAH
4. kad NIKAH

HE.HE

pertukaran GURU JUN 2012


Peringkat                                                      
1 Permohonan Atas Talian oleh Pemohon   (2-30 April 2012) (1 Bulan)
2 Pengesahan di peringkat Pengesah I        (1-10 Mei 2012)
- Pengesah I adalah terdiri di kalangan ketua jabatan tempat pemohon bertugas seperti Guru Besar/Pengetua/Pengarah IPG/Pengarah Kolej Matrikulasi dll. * Pengesahan juga boleh dilakukan sebaik sahaja permohonan dihantar oleh pemohon tanpa perlu menunggu tarikh yang telah ditetapkan. (10 Hari)
3 Pengesahan di peringkat Pengesah II      (11-15 Mei 2012)
- Pengesah II adalah terdiri di kalangan ketua jabatan di peringkat negeri atau bahagian seperti Pengarah-pengarah JPN/Pengarah-pengarah Bahagian.                (5 Hari)
4 Pemprosesan kelulusan permohonan diperingkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia                      (16 Mei - 10 Jun 2012)            (25 Hari)
5 Makluman keputusan permohonan pertukaran kepada pemohon (15 - 30 Jun 2012) (2 Minggu)
6 Pemohon Berjaya melaporkan diri  (2 Julai 2012)        (1 Hari)

dah isi dengan maklumat@dokumen yang lengkap..tinggal nak tau keputusan jak..hope segalanya berjalan lancar..amin

ujian SARINGAN 1 PERMATA PINTAR NEGARA UKM


Penaung Program Permata Pintar Negara, Datin Seri Rosmah Mansor
 Program ini dilancarkan pada 2 Mac 2007
“Mengikut pakar bidang ini, dianggarkan lima peratus daripada kanak-kanak di bawah umur 14 tahun adalah kanak-kanak pintar cerdas. Ini bermakna berdasarkan jumlah penduduk Malaysia dalam lingkungan usia empat tahun hingga 10 tahun, mereka yang masuk dalam kategori itu dianggarkan berjumlah 140,000.

 PELAJAR PINTAR CERDAS
seorang kanak-kanak yang mempunyai kebolehan kognitif (FIKIRAN)
kanak-kanak yang mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang sukan, muzik, lukisan atau seni persembahan berbanding dengan rakan sebaya mereka yang lain. 
Ini bermakna kanak-kanak pintar cerdas bukan sahaja kanak-kanak pintar dari aspek akademik tetapi juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang mengkagumkan 
1. dalam aspek kesenian dan kesukanan
2. kebolehan intelek yang umum
3. kebolehan intelek yang khusu
4. pemikiran kreatif
5. Kepimpinan
6. kebolehan psikomotor
7. kesenian visual/persembahan
8. sosial emosi.

Ujian UKM1 ini dibuka sehingga 30 April 2012


AMARAN KETIKA MENJALANI UJIAN:
pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. 
Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. 
Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini. PEMANTAUAN IBUBAPA/PENJAGA ADALAH PENTING

PESANAN GURU
PELAJAR YANG BERTUAH INI AKAN DIEDARKAN SURAT MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA.
PELAJAR YANG TIDAK MEMPUNYAI KOMPUTER DAN TALIAN INTERNET HENDAKLAH DIMAKLUMKAN KEPADA GURU BMK & MEDIA UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN.

slide dan taklimat serta surat edaran telah di keluarkan...sekian...kpd sesapa nak slide sila berhubung d email saya: rafatunaddawiyah@gmail.com



STERESS


Aduh…..tertekan tampa sesiapa disisi..jauh dr keluarga n insane tercyg…kenapa la KPM ni poastingkan  aku jauh ke MIRI ni..JB kan byk sek n banyak KOSONG…



Bukan x bersyukur…Cuma terlalu byk onak n duri d sini..bahasa, makanan, keadaan, suasana, masyarakat n hubungan sesame manusia….

Huh..huh..aku mau pulang..ke sisinya,,,,ke sisi insan2 yang di sayangi…