27 Januari 2011

diet atkins

INFO DIET NI D COPY DR:::http://akuashirazumi.blogspot.com/search?updated-max=2011-01-23T13%3A53%3A00%2B08%3A00&max-results=5

Atkins Diet

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance


Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang serangkai dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang serangkai dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan tetapi secara berpada-pada sbb buah mengandungi kandungan gula yang tinggi)
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan:


1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau 1 liter sehari untuk elakkan sembelit dan menggalakkan pengeluaran lemak yang dibakar melalui air kencing.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan . ( Yang ni aku makan EPO )


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Contoh sarapan / Breakfast

1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)

2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)

3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)

4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)


Makan Tengahari / Malam

1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)

2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)

3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)

4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)

5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat

Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !

Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.

Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.

Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)



Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.

2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.

3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).

4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.

5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.

6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.

7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.

8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.

9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.

10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.

11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).

12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.



Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.



Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.


Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.


Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.



Contoh Menu
Pagi:

1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.

- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat


- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.

- 0.5 karbohidrat

Tengahari:

1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)

- 0 gram karbohidrat)


2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).

- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat

0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.

4.) ATAU makan salad sekali lagi


Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.

2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)

Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.

3.) Daging goreng kering

4.) ATAU steak lembu / kambing

Snacks:

1.) 1 keping Cheddar cheese

2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)

3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..

Minuman:

1.) Air biasa

2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula



Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!

9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.


Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet



Bahagian Daging:

1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.

2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.


Section Frozen Food / Makanan Dibeku:

1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.

p/s : Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.

2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.

3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:


1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.

2.) Elakkan buah-buahan.


Bahagian Makanan Ringan:

1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.

2.) Jauhi gula2 / coklat.


Section Makanan Dalam Tin:

1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.

2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!



Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:

1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.

2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.

3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.


Bahagian Makanan Dalam Botol:

1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.

2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.

3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.

4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.

5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.

6.) Elakkan Thousand Island.


Bahagian2 Lain:

1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).

2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.

3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.

Tambahan :

1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.

asalkan BUKAN nasi, roti.

2.) Fast food

McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.

Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.

Pilih salad sekali.

KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.

3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.

Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.

Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.

Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.

Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu kerana kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

Kepada penggemar kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula

Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.

Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet

TQ KAK SHIMA....HARAP2 KT BERJAYA...HIK.HIK
love u kak

21 Januari 2011

praktikum

dah seminggu ku praktiku,,,d sk bagan ajam pulau pinang..mmg best la..yg plg best cikgu pembimbing..kak sya..sgt2 baik n sporting...penyelia en anuar n en bala pn sgt best..syukur...

minggu ke-2 aku nak wat

1. promosi
2.kertas kerja 2 program
3. mula sesi
4. masuk kelas utk wat bimbingan dan psk..

doaka aku berjaya ya..aminnn

14 Januari 2011

jln2 padang kota




mlm ni terasa bosan sgt..seharian ku x jamah pa pa makanan..x terasa lapar..mungkin krn tekanan membuat asigment pembentukan malaysia 1963..hu.huh..tok ilangkan tension.ku meronda d padang kota..bestnye..

thank..u pinie n silah...seronok n hapy kuar gn hang pa...

hari terakhir2 d pulau


isnin ni dah praktikum..syukur sgt ku dpt
> sek keb bagan ajam..
>penyelia yg best
>partner yg best
ku harap semuanya berjalan lancar..amin..

12 Januari 2011


Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (SR)

Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Kelas : 4 PINTAR
Bil Murid : 5 orang
Masa : 8.00-9.00 pagi
Tema : Malaysia Negaraku (Tema 5)
Tajuk : Kenali Malaysia

A) Hasil Pembelajaran:
Pada akhir aktiviti ini, murid dapat
1. Menamakan negeri dan ibu negeri bagi negeri-negeri di Malaysia.
2. Menyatakan identiti negeri-negeri di Malaysia.
3. Berbangga dan cinta akan negara.
B) Isi kandungan:
1. Mengenali negeri dan ibu negeri di Malaysia
2. Mengenali bendera bagi setiap negeri
3. Mengetahui kedudukan setiap negeri tersebut.

C) Penerapan Nilai:
- Berbangga akan tanah air
- menghargai
D) Unsur Patriotisme:
- Bersyukur atas keamanan dan kemakmuran Malaysia
- Berbangga hidup di Malaysia

D) Pengetahuan Perlu ada:
- Murid mengetahui terdapat banyak negeri di Malaysia

E) Bahan sumber P&P:
LCD dan Laptop
Kertas Warna
Peta Malaysia bersaiz A1
Kad Manila
Pita pelekat
Roti
Alat tulis Sebuah
10 keping
1 keping
20 keping
1 gulung
5 paket
1 set

Prosedur Perlaksanaan Elemen pengurusan
Pembelajaran Bestari/ kemahiran Generik
Catatan
Set Induksi (10 minit)

Guru meminta pelajar berdiri dan menyanyikan lagu “Negaraku” dan “Jalur gemilang”

Murid diminta untuk menyatakan pendapat mereka tentang tajuk yang akan di bincangkan.

Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
KBF: Menjana idea
KB: Berfikir, melihat dan mendengar

A) BSPP:
-LCD
- Laptop

B) Nilai:
-Patriotisme

Perkembangan Pengajaran:
Langkah 1: (15 Minit)
Guru akan berbincang dan berkongsi maklumat tentang fakta menarik berkenaan dengan bendera negeri-negeri yang terdapat di Malaysia dan ibu negerinya.

Guru juga akan menyatakan lokasi dan kedudukan sebenar negeri-negeri terbabit.

Murid-murid diminta untuk mengigati lokasi dan kedudukan negeri serta nama ibu negeri terbabit.

(Power point digunakan sebagai alat bantu mengajar )

KBF: Menjana idea

STRATEGI: Generatif dan direktif

KBF: Banding beza

A) BSPP:
-LCD
- Laptop

B) Nilai:
-pengetahuan tentang Malaysia
-Bersyukur



Langkah 2 (20 minit)

Guru mengeluarkan arahan:
• Setiap pelajar diberikan 2 bendera dan guru akan meminta pelajar menampalnya di atas peta yang telah disediakan.
• Pelajar diberi pula kad yang menunjukkan nama ibu negeri dan diminta untuk menampalnya di atas peta.
• 2 orang pelajar akan diminta untuk membaca kandungan yang terdapat di atas peta.

TKP:
Interpersonal, intrapersonal, linguistik

STRATEGI:
Direktif, Generatif

KBF: Meneroka idea, memproses maklumat

KB: Menyusun maklumat, menyampaikan maklumat



Nilai:
Kerjasama
Menghormati

BSPP:
Kad bendera
Kad ibu negeri
Peta




Langkah 3 (5 minit)

Kuiz spontan diberikan untuk menjana pemikiran dan menilai tahap kefahaman pelajar

Token ekonomi diberikan bagi menghargai kefahaman pelajar.



Nilai:

Kemahiran berfikir


Penutup 4 (5 minit)

Latihan pengukuhan diberikan agar dapat meningkatkan ingatan dan pemahaman pelajar dalam jangka masa yang panjang..


MOOD: BESTNYE DPT KONGSI RPH NI...

PESATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


penatnye ari ni..td petang dpt pengalamn manis n pahit n masin n masam..ha.ha..

pahitnya bila kena kawat tengah2 panas...
manisnya bila kena bg koman n kawat sowang2..huk.hukk pertama kali dlm idup
masin krn dpat surat amaran dr PN ANIS SALWA atas kesalah x pakai baju koko rabu lepas...
masam krn kena marah n bebel oleh mem besaq...

tp pa pa hal pn..maafkn kami puan anis..kami GURU2 PELATIH KPLI AMBILAN JUN MEMOHON MAAF ANDAI BERSIKAP KURANG AJAR (rasanya x pn)..AMPUN N MAAF DI PINTA

MEMORI ARI NI: dpt ambk pic pakai baju sek...ha..ha..

10 Januari 2011

harapan tok hari sok

bangun tido awal n bersemangat ke kelas
jumpa owner umah sewa n harap dia baik

dia akan mengubah fikiran n pertahankan apa yg kami hajati...
muhasabah diri spy x kn berulang lagi..aminn

penyesalan



mlm ni aku terasa amat sedih n menyesal..menyesal krn terlanjur kata..betul juga kata org tua2::telajak perahu boleh diundur,terlajak kata.buruk padahnya....apa2 pn kena berfikiran positiv..demi kebaikan semua n yang tersyg..walaupn hati ini..sakit

hiking at bukit jambul


sem 2 ni program terawal adalah hiking kat bukit jambul...best gak..memula naik penat sgt..terasa saluran nafas ni sempit jak..maklum lah jarang bersenam..

bila turun paling best...terasa dekat ja..tp tangga n batu2 amat merbahaya...
tq SHAH,IPIN,HAZIQ,NIK AIMAN,IRFAN,WAWA,BAD,INTAN N YUN...
krn ari ni memberikan pengalaman yang menyeronokkan bagi diriku..

9 Januari 2011

LATAR BELAKANG PIAGET

Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."
Menggunakan model Biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kali dikenali sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia.
Di dalam teori pembelajaran kognitif Piaget (1970), terkandung 5 konsep asas iaitu skema, asimilasi, adaptasi dan akomodasi seterusnya keseimbangan akan tercapai. Ini berkaitan dengan pembelajaran kognitif seseorang individu.
Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-peringkat. Peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkatperingkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan yang berikutnya.

Kecerdasan emosi


ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak. Mereka harus mengajar, mendidik serta membimbing anak-anak tentang kecerdasan emosi dengan memberikan contoh teladan yang baik. Bagi membolehkan anak-anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi. ibu bapa seharusnya mengajar dan menerapkan dalam diri anak-anak beberapa aspek seperti berikut:-
• Membina hubungan persahabatan yang baik dan harmonis
• Bekerja dalam kumpulan secara harmonis
• Berbicara dan mendengarkan secara efektif
• Mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai dengan aturan yang ada (jujur)
• Mengatasi masalah dengan teman yang nakal
• Berempati antara satu sama lain
• Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara peribadi ketekunan
• Mengatasi konflik
• Membangkitkan rasa humor atau jenaka
• Memotivasikan diri apabila menghadapi saat-saat yang sulit dan genting
• Menghadapi situasi yang sulit dengan percaya kepada diri sendiri
• Menjalin keakraban
Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini.

KPLI


PERTAMA kali isi borang....TERUJA SANGAT
PERTAMA kali exan...takutnya,susahnya soalan, boleh lulus ke???...(dokongan moral dr yg tcyg krn en ahmad menunggu ku spjg exam)
PERTAMA kali di panggil interview...susahnya,gugup,gementar,banyaknya soalan...
soalan yg ptg ngeri n jawapan paling BAIK KU BERIKAN >>>
>>SILA NYATAKAN APA YANG TERJANDUNG DLM PENYATA RAZAK?? (DJAWAB GN BAIK OLEH KU)
>>SILA NYATAKAN APA YANG TERKANDUNG DLM PENYATA RAHMAN TALIB (JUGA DJAWAB DGN BAIK)
>>ADA@X LAPORAN KABINET??...aku menjawab gn yakin (laporan kabinet x da..dia x wat lg)
akhirnya....jeng2jeng2..kena la BAMBU...

PERTAMA kali lapor diri di IPG PULAU PINANG...best sgt(dhantar oleh yg tsyg, ma n abah)
PERTAMA kali masuk kelas..blur sgt
PERTAMA kali PBS...adoiii..ngeri..susah, takut
PERTAMA PRAKTIKAL....TAH LA..X TAU LG..MINGGU DPN BARU START..HARAP2 SEMUANYA OK

2011


tahun yang bakal memberiku banyak kenangan n cabaran...
azam thn lepas sememanya ada yg x berjaya...
antara azam yang berjaya::
- tunang
- bayar ansuran keta dgn titik peluh sendiri
- KPLI
- menjadi guru utk tgkt 5 untuk subjek sejarah
- round seluruh negeri di semenanjung ( langkawi ja x kesampaian)

8 Januari 2011

TERCIPTA UNTUK MU


Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku

Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

selamat kembali


salam pertemuan...
hobi untuk menulis dan memulakan blog ni tercetus untuk menghilangkan rasa bosan ku di pineng ini...dulunya aku jua berkongsi ceritaku melalui ((manishati.blogspot.com)..sewaktu ku belajar di Universiti Malaya...

cikgu adda ku pilih menjadi tema paparan di page ini krn kini driku telah bergelar guru@pendidik...kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan